Mengesan kadar gula dalam darah

Kalau nak pastikan samada petua diabetes Maklong ini berkesan atau tidak, Mak long sarankan cuba dapatkan glucometer. Glucometer ini boleh didapati di kebanyakan farmasi. Glucometer digunakan untuk mengesan kadar gula dalam darah dan ini boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Tak payah tunggu hingga berjumpa doktor untuk check kadar gula dalam darah kerana kalau ini dilakukan sendiri di rumah penyakit diabetes dapat dikawal dari menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain yang sukar untuk diubati.

Set glucometer terdiri dari meter pembaca kadar gula, test strip, lancet (jarum halus) dan lancet pen. Lancet atau jarum halus biasanya dipakej dalam kotak dan setiap lancet hanya boleh digunakan untuk sekali bacaan saja. Ia tidak boleh dikongsi antara dua orang. Untuk bacaan baru kena guna lancet baru setiap kali.

Untuk mendapatkan bacaan,

  • Masukkan lancet ke dalam pen lancet dan ketatkan;
  • Pasang suis meter dan masukkan test strip kedalam meter;
  • Bersihkan hujung jari dengan alcohol pad dan picit jari supaya darah mudah keluar;
  • Dengan bismillah, letakkan pen betul-betul pada tengah hujung jari dan tekan punat pen supaya jarum lancet dapat mencucuk hujung jari dengan baik;
  • Titiskan darah pada test strip dan perhatikan meter mula memproses bacaan.

Idealnya kadar bacaan kadar gula yang normal adalah dalam julat antara 4 – 7 mmol/l dalam keadaan perut kosong; kurang dari 10 mmol/l 90 min selepas makan dan lebih kurang 8 mmol/l sebelum  tidur. Kadar ini boleh berbeza antara individu jadi sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Amalkan mengambil bacaan setiap selepas bangun tidur sebelum sarapan. Rekodkan ke dalam buku catitan dan elok kalau buku catitan ini dibawa bersama ketika berjumpa doktor.

Lagi Petua untuk diabetes.

About these ads

10 Comments

Filed under Diabetic-friendly, Tips

10 responses to “Mengesan kadar gula dalam darah

  1. mama rasa mama pun harus ada glucometer ni di rumah, terimakasih banyak mak long banyak maklumat yang mama dapat dr mak long, terimakasih banyak.

  2. Mak Long

    Salam Mama, memang elok sangatla itu. Its the best investment for a diabetic and I promise you won’t regret it. I wish you all the best

  3. salam.. terima kasih atas info dalm blog ni. mmg sgt informative. saya tgh cari resepi utk pesakit kencing manis. mak saya baru je kena kencing manis

    • Mak Long

      Salam Mama Pipie,
      Terima kasih kerana sudi singgah. Maklong berharap juga info yang letakkan disini dapat membantu. UNtuk resepi yang sesuai untuk kencing manis search menggunakan diabetic-friendly

  4. Mak Long,
    Saya nak tanya, utk gunakan alat ini adakah selepas suntuk insulin atau sebelum suntik insulin?

    • Mak Long

      Untuk lihat kesan suntikan insulin, eloknya sebelum dan selepas supaya boleh nampak perbezaanya.

      Walau bagaimanapun untuk lihat kesan petua MakLong elok dibuat setiap pagi sebelum makan selama 2 minggu.

  5. berapa harga glucometer nie mak long??

    • Mak Long

      Linda,
      Maklong tak jual glucometer ini. Tapi Linda boleh dapat di mana-mana farmasi. Harganya juga berbeza2. Pilihlah man satu yang mudah digunakan.

  6. zuhairi

    Kasiat daun misai kucing

    Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

  7. zuhairi

    Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong….300 gram sy jual rm35..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag…sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570…mohd zuhairi..andai ada herba kazanah…hargaii…jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s