Sambal Goreng Pedal Ayam

dsc00421

 

Mak Long dah lama teringin nak makan sambal goreng pedal. Kalau dikampung dulu, masakan favourite Atuk Mak untuk sahur dalam bulan puasa mesti sambal goreng. Hampir setiap hari Atuk Mak akan masak sambal goreng dan bahan-bahannya dipelbagaikan setiap hari agar tak jemu. Sambal goreng yang paling ringkas terdiri dari hirisan bawang besar, cili hidup samada merah ataupun hijau atau campurannya, bawang putih dan halia yang ditumis bersama ikan bilis dan diperisakan dengan perahan air asam dan belacan. Kalau dipagi raya sambal goreng adalah satu juadah yang tak boleh tiada dan biasanya sebagai hidangan istimewa ia akan diperkaya dengan tambahan protein biasanya makanan laut seperti udang, kerang serta sotong ataupun isi ayam seperti hati, pedal dan jantung. Antaranya sayuran yang dijadikan bahan tambahan dalam sambal goreng istimewa termasuklah tauhu, tempe, kacang panjang, kentang, suun dan tahu kering (fucok).

Minggu lepas Mak Long berbelanja di supermarket Asda dan ternampak pedal ayam di kaunter halal langsung saje Mak Long minta dalam 1.00 paun sterling. Dapat banyak juga. Kemarin baru Maklong dapat keluarkan dari peti sejukbeku dan masak sambal goreng pedal untuk pertama kali buat Pak Long. Nampaknya Pak Long suka dengan sambal goreng ni walaupun ni kali pertama dia makan pedal. Hmm … ada harapan boleh buat lagi.. :)

Bahan-bahannya

500 gm pedal ayam dibersihkan dan dihiris nipis-nipis

1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris bulat

2 biji bawang putih dicincang halus

setengah inci halis dihiris bagai batang mancis

1 biji kentang dikupas, dibelah empat dan dihiris nipis-nipis

2 biji lada merah dihiris (Mak Long tak letak banyak sebab takut Pak Long tak tahan)

2 biji lada hijau dihiris

sedikit belacan dan asam jawa

2 sudu besar santan

Panaskan dua sudu besar minyak masak. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, cili dan tumis sehingga layu. Masukkan pedal ayam dan kacau sehingga bertukar warna. Masukkan kentang dan perahan air asam dan belacan. Akhir sekali masukkan santan dan renihkan hingga pedal dan kentang empuk. Hidangkan segera.

 

 dsc00422 

Mak Long hidangkan bersama sawi goreng dan ikan salmon.

About these ads

8 Comments

Filed under Main Dish, Offal

8 responses to “Sambal Goreng Pedal Ayam

  1. Salam… sedapnya sambal goreng pedal ayam! yummy2 tapi kak e tak dapat nak masak sebab hb dan anak2 tak makan pedal ayam :S – rugi kalau masak untuk sendiri makan so kalau nak makan kenalah gi cari kat kedai makan atau ngendeng orang yang masak cam maklong ni :p

    * minta sikit boleh? hehehehehehe

    • Mak Long

      Salam Umi, terima kasih kerana sudi bertandang. Maklong pun suka pedal tapi kalau hb dan anak-anak Umi tak suka pedal boleh aje ganti dengan seafood. Maklong suka jugak sambal goreng seafood menggunakan campuran udang, sotong dan kupang. Apa pun jom makan.. :)

  2. salam mak long…dulu pernah masuk kat rumah ni..tentu seronok duduk di negara orang.

    orang jawa yang suka makan sambal goreng ni terutama bapa mertua saya.

    • Mak Long

      Salam Kak Ina, ibarat hujan emas di negeri orang lebih baik di negeri sendiri begitulah.. tapi sebab dah mengikut suami, yang tak sedap pun disedapkan jua.

  3. terima kasih sudi nak link saya…nanti saya add ye..jenguk-jenguklah selalu ye…

    • Mak Long

      Salam lagi Kak Ina, saya memang selalu singgah umah Kak Ina dah dah habis semua pos dan cerita-ceriti keluarga Kak Ina. Tengok gambar-gambar lama Kak Ina teringat masa lalu di kampung… hmmm jadi rindu lah pulak.. pulak lagu dalam blog Kak Ina menimbulkan rasa nostalgik buat Mak Long.

  4. salam maklong nk balas kunjungan ni bwk mangkuk tepen nk bungkus sambal goreng tuh…;)…saya dulu x pandai mkn, sekarang nih pantang jumpa…hehe… saya add gak ye…err maklong asal n dok mana sekarang ni??

    • Mak Long

      Ana, bawaklah balik sambal goreng tu ;). Maklong sekarang duk di UK jadi bila teringin nak makan Melayu selalu jugak singgh umah Ana cari idea. :) salam perkenalan yeaa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s