Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 1

Hari ini Mak Long tak nak bercerita tentang resepi tapi mengenai petua pemakanan. Mak Long bukanlah seorang doktor atau pakar pemakanan terlatih tapi Mak Long saja nak berkongsi pengalaman setelah lebih sepuluh tahun memasak untuk orang yang mengidap kencing manis. Alhamdulillah, berpandukan kepada pengetahuan baru yang Mak Long dapat dari pembacaan Mak Long samada melalui internet ataupun buku rujukan, penyakit kencing manis dapat dikawal dengan baik. Malah dengan panduan pemakanan ini juga, dos perubatan telah dapat dikurangkan dan pesakit dapat menunaikan kewajipan berpuasa dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.

Tapi sebelum tu mari kita cuba fahami penyakit kencing manis tu dahulu. Hmm… kena buka buku sekejap..

Penyakit kencing manis ni timbul dari kelemahan tubuh dalam menghadam karbohidrat. Dalam proses metabolisma, karbohidrat diproses menjadi gula/glukos dan selanjutnya ditukarkan menjadi tenaga. Bagaimanapun, selalunya tidak semua glukos ini ditukar menjadi tenaga. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah. Dalam penyakit kencing manis, proses ini tidak berlaku dengan efisyen menyebabkan berlakunya pengumpulan gula dalam darah. Apabila kadar ini terlalu tinggi, ia menghasilkan keadaan yang dipanggil hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya gula dalam air kencing.

Bagi pengidap kencing manis, tubuh mereka mempunyai salah satu dari dua kelemahan; samada pankreas mereka tidak berupaya menyediakan hormon insulin secukupnya (diabetes type-1) atau insulin yang diterbitkan oleh pankreas tidak berfungsi sebaiknya (diabetes type-2). Diabetes Type-1 dikawal dengan menggunakan insulin manakala diabetes type-2 dikawal dengan pemakanan dan perubatan. Diabetes Type-2 lebih kerap ditemui di kalangan rakyat Malaysia kerana amalan pemakanan kita yang berasaskan karbohidrat.

Petua pemakanan yang Mak Long gunakan ni sesuai untuk kedua-dua jenis penyakit kencing manis. Ianya berbeza dengan nasihat pemakanan yang sering diberikan oleh pakar pemakanan terhadap penyakit ini tapi Mak Long dapati petua ini terbukti berkesan. Lagipun setiap kali pesakit dibawa untuk “full routine check-up” yang melibatkan ujian menyeluruh iaitu bukan sahaja ujian ke atas air kencing tetapi juga ujian darah untuk melihat kesan ke atas organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang, para doktor sentiasa berpuashati dengan tahap kesihatan pesakit, maknanya even though I am doing something different, I must be doing something right!

Baik, berbalik kepada petuanya. Nasihat yang biasa diberikan oleh pakar pemakanan adalah kurangkan gula dan kurangkan lemak. Petua yang Mak Long gunakan pula ialah berpantang gula, kurangkan karbohidrat tapi lebihkan lemak. Bila kita menjaga pesakit kencing manis ni, lebih-lebih lagi kalau ahli keluarga, adalah zalim kalau kita mengharapkan dia seorang yang berpantang sedangkan kita dengan seenaknya melantak di depan mereka. Iyelah.. dia pun bernafsu jugak, bila dia nampak makanan manis yang lazat pasti dia akan teringin juga. Jadi dalam dapur Mak Long memang tak ada gula (eh itu bohong.. sebenarnya Mak Long ada gula sepaket 500gm yang tahan bertahun-tahun sekadar bekalan jika ada tetamu yang tak boleh hidup tanpa gula). Ini adalah kerana dalam banyak-banyak pantang, pantang yang paling sukar untuk diamalkan ialah berpantang gula (lebih-lebih lagi untuk pesakit kencing manis). Jadi kalau sorang ahli keluarga kena pantang, semua kena pantang. One for all and all for one. Barulah adil, ye dak?

Mudah cakap ye, tapi untuk mempraktikkannnya tidak semudah itu. Sebenarnya, bukan seorang dua ahli keluarga dan kerabat Mak Long yang pernah mengidap penyakit ini dan jujur Mak Long akui yang Mak Long sendiri bukan sekali dua bertikam lidah untuk mempertahankan petua ini. Tapi percayalah, kalau kita benar-benar sayangkan mereka, kalau kita prihatin dan konsisten mengamalkannya bersama mereka, ianya tidaklah terlalu sukar. Sebenarnya sokongan dan pengorbanan moral seperti inilah yang amat diperlukan oleh pesakit kencing manis terutama sekali bagi mereka yang baru memulakannya.

Apa yang penting ialah ianya tidak perlu melibatkan sebarang kos tambahan sekadar peralihan kepada cara masakan yang sedikit berbeza. Macamana caranya, kita akan bercerita lebih lanjut lagi dalam bahagian selanjutnya. Untuk sementara ini, hadamkan dulu petuanya : berpantang gula, kurangkan karbohidrat, lebihkan lemak. Bagi mereka yang rajin, bolehlah dapatkan bacaan lanjutan disini.

Petua Pemakanan untuk Kencing Manis – Bhg 2

Petua Pemakanan untuk Kencing Manis – Bhg 3

About these ads

38 Comments

Filed under Tips

38 responses to “Petua Pemakanan untuk kencing manis – Bhg 1

  1. Pingback: Petua Pemakanan Untuk Kencing Manis – Bhg 3 « Mak Long’s Kitchen

  2. assalamulaikum mak long…

    baru-baru ini bapa mertua saya telah dimasukkan wad kerana bengkak kaki dan kebas akibat kencing manis.disebabkab itu tapak ibu jari kaki kanan telah ditebuk untuk mengeluarkan nanah. masalahnya sekarang adalah sudah seminggu lebih bapa mertua saya berada di wad dan pelbagai masalah timbul antaranya kaki masih bernanah,demam,kencing manis naik turun.
    saya kesian dengan keadaan bapa mertua dan mak long ada apa-apa nasihat dan petua untuk mengubati dan meredakan masalah ini?
    terima kasih diatas petua-petua berguna dari mak long.

    • Mak Long

      Salam kenal Edna,

      Sedihnya dengar kisah bapa mertua Edna sudah sampai ke tahap begitu. Maklong doakan agar bapa mertua Edna segera sembuh ya. Mengenai pertanyaan Edna tu nanti Maklong jawabkan dalam pos akan datang.

    • noor

      salam, apakata awk try susu colostrum alpha lipid, sy n family pown ader diabetis, awk contact azlina zaki utk keterangan lanjut, ramai dah yg sembuh…. (012948xxxx Diedit untuk keselamatan sila hubungi maklong sekiranya anda mahukan no ini)

      • Mak Long

        Salam Noor susu alpha lipid tu apa ye..? Setahu maklong penyakit diabetis ini tidak boleh direverse kerana ia adalah kondisi dimana insulin tidak lagi mengawal kandungan glukos dalam badan dengan sempurna. Bagaimanapun ia dapat dikawal dengan perubatan dan perubahan gaya hidup serta pemakanan. Adakah maksud Noor yang kesembuhan dalam konteks ini bermakna insulin dalam badan pesakit sudah dapat kembali berfungsi seperti asal secara semulajadi ataukah sekadar bacaan gula dalam darah sudah terkawal? Pada pendapat maklong kalau setakat bacaan gula dalam darah normal ia hanyalah ‘kesembuhan’ yang sementara kerana ia bermakna penyakit ini boleh menyerang kembali apabila pemakanan tidak lagi dikawal. Mungkin Noor boleh berikan pencerahan pada kita semua untuk manfaat pembaca blog maklong jua. Wallahu a’lam.

  3. hanna

    hye mak long..ni nk tnya ni boleh x kalo mak long share any recipes utk org2 yg ada DM ni..my mom baru jer ada DM ni..so skrg ni nk aturkan diet yg sesuai tuk dia..mklm la dah trbiasa mkn cam besa..so..awal2 ni ssh nk ubah diet dia scra drastik..kalo ada resepi yg best tp sesuai saya nk try bg dia biasa mkn..:)

    • nor asiah

      mak long ibu saya tengah mengandung dalam 1 bulan … tapi ibu saya di sahkan menghidap kencing manis … saya hendak minta pendapat mak long segera….

  4. Ciknah

    Salam.. Nk tnye kaki sy selalu kebs tang ibu jari adakah sy sudah mdpt kencg manis?

    • Mak Long

      Salam Cik Nah, Maklong tak dapat jawab soalan tu kerana Maklong bukanlah seorang yang dapat membuat diagnosis jarak jauh. Bagaimanapun sekiranya Ciknah ada terbaca artikel Maklong mengenai kecanduan gula CikNah merasakan yang CikNah mungkin ada simptom yang Maklong sebutkan, sebaiknya CikNah cuba berjumpa dengan doktor untuk mendaptkan kepastian. Ini kerana penyakit diabetes biasanya memerlukan pemerhatian selama beberapa waktu sebelum ia dapat dipastikan. Harap jawapan ini membantu.

  5. Puan rafeah

    Sesiapa yg ingin tau petua awl mengelak kanser payu dara sila hubungi puan rafeah 0172187656

  6. hadinor

    Salam mak long,
    Saya baru didapati mengidap kencing manis tahap bacaan 28.Saya dalam pemerhatian Dr kerana bacaan turun naik jadi esok petang saya akan berjumpa dengan Dr.Hari ini saya diberi suntikan insulin dan malam kena makan ubat jadi bagai mana untuk saya mengawal pemakanan.Saya suka makan nasi 2atau 3 kali sehari Beras wangi siam dan suka makan pulut tolong beri makanan yang bolih dan cara memasaknya sebabb isteri saya kurang mengetahui makanan yang sesuai untuk orang seperti saya ada kenching manis,asid uric tinggi dan tekanan darah tinggi.sekian terima kasih.

  7. Salam ziarah Mak Long,

    Info yg sangat b’manfaat, moga Mak Long sihat & sukses selalu.

    Sertai contest, peluang menangi GlucoMeter.

    ESULIN diuji dan dihasil khusus bagi membantu merawat diabetes|kencing manis jenis 2.

  8. alisa

    Asalam..m.long. Saya berumur 30thn, suami 32 thn. Hari ni dah hari ke2 dia d hospital. d tahan d wad krn kencing manis yg tinggi. Saya sgt sedih mmikirkan hari depan adakah suami saya dpt tgok anak kami membesar. Bacaan tinggi, 25mmol.. Dgn kehidupan sibuk dgn anak kecil ni, saya kdg2 buntu apa makanan yg saya boleh masak utk suami bila dia kluar hospital nnti. Harap m.long boleh cadang resepi yg mudah utk saya buat pd suami.sebelum ni dia mmng seorg yg kuat mkn…kesian saya tgok badannya yg kian kurus sbb kawal mkn…

    • Mak Long

      salam Alisa, Terima kasih kerana sudi singgah. Sebenarnya banyak masakan melayu yang boleh dimakan oleh pesakit kencing manis. Cuma satu amalan kurang baik dalam masakan Melayu adalah penggunaan gula untuk memperisakan makanan terutama lauk pauk. Asalkan Alisa guna prinsip berpantang gula, kurangkan karbohidrat dan lebihkan lemak you wont go wrong. Dengan kata lain, jauhkan sebarang manisan dalam semua jenis makanan atau minuman, kurangkan nasi dan lebihkan lauk-pauk dan sayur. Tak boleh lagi minum sirap, teh tarik atau kuih muih manis. Sebaliknya amalkan minum air kosong sahaja, minimum 2 liter sehari. Kalau keluarga Alisa kecil lagi, maksud Maklong hanya Alisa, suami dan anak kecil, Maklong cadangkan why not amalkan zero sugar dalam rumah Alisa. Kalau suami Alisa kuat makan tak jadi masalah. Hidangkan dia hanya satu senduk nasi dan dua tiga jenis lebih lauk/sayur kalau dulu 1 ekor ikan sekarang 2 ekor ikan goreng, kalau dulu 1 potong ayam sekarang dua atau tiga potong. Kalau dia nak makan sekor ayam pun takpa. Insya Allah tak kan menggemukkan.. Pokoknya jangan tambah nasi tapi tambah lauk/sayur. Biar dia makan sampai kenyang. Kemudian kalau suami Alisa jenis yang suka makan manis, gantikan dengan buahan segar. Kalau terlalu berpantang sampai berlapar itu lebih berbahaya kerana ini akan memberi kesan kepada kandungan gula dalam darahnya. Panduan yang terperinci ada maklong sediakan dalam Tips pemakanan untuk pesakit kencing manis 1,2 dan 3. Maklong harap jawapan ini membantu. Good luck.

  9. zaharah

    assalamualaikum maklong..ermm saya nk tnye mcm mne ekk nk jga pemaknan bg pesakit y ada kencing manis…pesakit tu adalh ayah saya…kalau diikutkn ayahy saya sepatut nye kena dok kat hospital tp ayah x nak..so sebagai anak yang ada kt umah saya nk jaga pemakanan ayah saya..tolong bantu saya ekk..terima kasih..

  10. enny vs neni

    assalamualaikum m.long…
    saya nk tanyer ade tak alternatif lain tuk DM,maksud saya cara tuk mngubatinya.ayah saya dimasukkan ke wad disebabkan melecur di kaki.doktor kata kalau kaki dia bertambah teruk dia nasihatkan supaya potong..kami sekeluarga nk elakkan drpd dipotong..kalau boleh saya nk tahu ape yg patut dan ape yg tidak patut dimakan oleh ayh saya..harap mak long dpt tlg la sedikit sbyk..

  11. Mak Long,
    Adakah diabetis boleh dirawat atau perlu bergantung pada insulin atau pil disepanjang hayat mereka?

    • Mak Long

      Salam Rien

      Diabetis boleh dirawat. Tapi oleh kerana ia penyakit lifestyle (gaya hidup), kalau kita tak tukar gaya hidup kita, kita boleh end up bergantung kepada pil atau insulin sepanjang hayat. Dengan mengamalkan petua Mak Long, ubatan doktor boleh dikurangkan. Untuk permulaan ia memerlukan daily observation; i.e. pastikan ubat di ambil regularly dan ukuran gula dalam darah di buat setiap pagi sebelum sarapan menggunakan glucometer. Mulakan diary harian untuk merekod jenis ubat yang di makan, kadar ukuran gula dan apa yang di makan setiap hari. Selepas 2 minggu diari ini akan dapat memberikan gambaran samada ubatan/petua Mak Long berkesan.

  12. Mak Long,
    Melalui pemahaman saya melalui bacaan dalam second-opinion mengatakan dibimbangi protein mengambil alih tugas karbohidrat. Ke saya yang salah mentafsir. Jika betul statement tu, boleh Mak Long terangkan? Bagaimana pula utk kita pastikan yang kita ambil lemak bukan protein terutama dari daging?

    • Mak Long

      Salam Rien,
      Apa yang dimaksudkan dalam second opinions adalah apabila kita kurangkan karbohidrat, maka tubuh kita akan mendapatkan glukos dari protein yang kita makan. In away, ia seolah protein ambil alih tugas karbohidrat untuk menyediakan tenaga untuk tubuh kita. Beza nya glukos yang ditukarkan dari protein tidak menjejaskan kadar glukos dalam darah kerana proses penukaran hanya berlaku ketika tubuh memerlukan tenaga. Protin dan lemak dari binatang elok untuk tubuh kita. Apa yang MakLong buat biasanya bila masak ayam, Mak Long tend to bakar instead of goreng. Bila dibakar, lemak ayam tu cair, Mak Long simpan minyak yang terhasil dan gunakannya untuk menumis atau untuk memperisakan gulai/kuah. MakLong buat cara yang sama untuk daging kambing atau lembu.

      • siti

        Bismillah
        Setiap individu mempunyai kalori yang berbeza mengikut keperluan tubuh. Bagi pesakit diabetis, jumlah keperluan karbohidrat, protein dan lemak adalah berbeza bagi setiap individu. Kebiasaannya penggunaan lemak haiwan adalah kurang digalakkan bagi pesakit diabetis. Lemak ayam adalah contoh lemak haiwan. Lemak ini adalah daripada jenis lemak tepu dan kurang baik untuk kesihatan. Penggunaan lemak/minyak daripada sayuran seperti sawit, minyak zaitun, minyak jagung, minyak biji bunga matahari dll adalah contoh minyak sayuran yang sihat kerana rendah kandungan lemak tepunya. Namun begitu masih perlu berwaspada dengan jumlah penggunaan minyak dan lemak dalam masakan dan makanan seharian.
        wallahua’lam

      • Mak Long

        Salam,
        Terima kasih atas pandangan Siti. Memang dari awal Mak Long sudah nyatakan yang pandangan Mak Long tidak konvensyenal malah agak kontroversial. Namun Maklong mengambil pandangan ini setelah maklong mambuat research sendiri juga setelah mendapat nasihat dari ahli perubatan juga. Tapi tidak semua ahli perubatan berpandangan yang sama. Selain dari buku-buku bacaan Maklong ada juga senaraikan link bacaan internet maklong di sebelah kanan blog ini. Memang kita sering dimomokkan dengan keburukan lemak tepu. Mak Long dibesarkan dengan pengetahuan yang lemak tepu sangat buruk untuk kesihatan. Zaman remaja Maklong berdiet dengan mengelakkan lemak tepu dalam pemakanan. Ia tidak mengelakkan Maklong dari mendapat hipertension pada umur awal tigapulohan. Kemudian Maklong bertemu dengan Dr Norzita (doktor perubatan holistik) yang membuka pandangan Maklong terhadap pemakanan low-carb. Kemudian Mak Long mula membuat kajian dan pembacaan sendiri. Mak Long terjumpa sebuah buku tulisan Dr Barry Groves “Eat Fat Grow Thin”, seorang pakar pemakanan yang sering menulis untuk jurnal kesihatan Lancet di UK. Walaupun tidak pernah bertemu muka dengannya, tapi Maklong pernah berbalas emel mengenai tajuk yang sama. Beliau menulis bahwa lemak yang buruk untuk kesihatan bukanlah lemak tepu tapi lemak transfat. Pengambilan gula dan karbohidrat bersama lemak tepu memang mempunyai kesan impak yang sangat negatif terhadap kesihatan. Namun apabila gula dan karbohidrat dijauhkan, kesan pengambilan lemak tepu adalah positif untuk kesihatan. Kajian terkini menunjukkan bahwa lemak tepu boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung pada wanita (sila rujuk “Dietary fats, carbohydrate and progression of coronary atherosclerosis in postmenopausal women” oleh Dariush Muzaffarian, Eric B Rimm and David M Herrington). Maklong hormati pandangan Siti kerana Maklong pernah berpandangan seperti Siti sebelum ini. Tapi pandangan Maklong kini sudah berubah. Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan Maklong sendiri. Peace :)

      • siti

        Berbincanglah dengan pakar pemakanan/pegawai dietetik untuk kaunseling pemakanan yang betul.

  13. tan

    mak long saya dari ampang ….baru2 ini saya test darah saya sugar pagi 8.0 i rasa i kena kencing manis then jumpa doctor doctor cakap i kena tapi stage 1 then can control .sekarang i memang tak makan benda manis tapi makan nasi i gunakan brown rice , makan nestum epal hijau tapi i memang lapar i minum banyak air kosong then i test lagi pagi tadi still 8.0 macam mana ye…….
    tolong lah mak long i pun tak tahu macam mana nak control sugar i ini ….
    n i nak tanya seminggu 5 hari i betul2 diet sat n sun boleh makan ke tapi under control la tak ambil sugar tapi bila2 pegi KFC terpaksa minum coke tapi tak selalu…..10q

    • Mak Long

      Hi Tan,
      Malangnya coke dan nestum mengandungi banyak gula sebab tu blood sugar susah nak turun.
      Try this for a week and let me know if your blood sugar goes down:
      Breakfast: omelette OR 2 eggs and sausages fried in butter OR porridge oat but no added sugar
      mid morning snack: Nuts
      Lunch: makan ikan/ayam/daging dan sayur tanpa nasi. Atau gantikan nasi dengan quinoa atau nasi tiruan (lihat dalam link (http://maklongskitchen.wordpress.com/resipi-untuk-diabetes/)
      afternoon snack: mini sosej atau chicken nuget
      Dinner: makan ikan/ayam/daging dan sayur tanpa nasi. atau gantikan nasi dengan quinoa atau nasi tiruan.
      Kalau Tan suka fastfood seperti KFC atau McDonalds, makan ayam/nuget/burger tanpa roti dan tanpa fries. Pilih coke zero sahaja kalau nak minum coke.
      Untuk control sugar, unfortunately Tan kena elakkan sebarang jenis roti, nasi, kentang. So I am afraid no more pizza.
      Pastikan Tan minum air sekurang-kurang nya 2 liter sehari.
      If you try this consistently, I am confident your blood sugar will go down.

  14. lyza

    Mak long, nak tanya mengenai resepi .. resepi diabetic boleh guna tak untuk wantia yg hamil dan diabetik. Sebab i read some of ur petua yg susu rendah lemak tak boleh di minum.. so camne utk wantia hamil? boleh ambik tak and still boleh kurangkan gula dalm darah.

  15. siti rafidah

    Salam.. mak long.. saya bru saja menghidap sakit kencing manis ni.. tapi saya tak faham macam mana nak buat resepi harian makanan saya.. dan lg satu mcm mana saya boleh dapatkan nasi tiruan untuk saya.. saya harap mak long dapat membantu.. hubungi saya ya mak long 019-695 1330.

  16. siti rafidah

    Salam.. mak long di mana saya boleh dapat quinoa tu..

    • Mak Long

      Salam Siti Rafidah,
      Sejak balik ke Malaysia Mak Long belum lagi dapat jumpa quinoa kerana MakLong tinggal di kawasan perkampungan di Muar. Siti tinggal di mana? Kalau di sekitar KL, pembaca blog ini ada berkongsi maklumat yang mereka ada jumpa di pasaraya Cold Storage di sekitar Kuala Lumpur.

      • siti rafidah

        Wasalam.. mak long , siti duduk d kuala selangor tak adalah pulak pasaraya cold storage d sini.. mak long boleh siti tau bacaan yg elok utk pesakit diabetis ni sebelum dan selepas makan.. Mak long duduk d mur kat mana.. ye?

      • Mak Long

        Siti, MakLong dekat dengan Pt Jawa jadi tak ada cold Storage. Idealnya kadar bacaan kadar gula yang normal adalah dalam julat antara 4 – 7 mmol/l dalam keadaan perut kosong; kurang dari 10 mmol/l 90 min selepas makan dan lebih kurang 8 mmol/l sebelum tidur. Kadar ini boleh berbeza antara individu jadi sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

  17. Iera

    salam mak long,sy bru shj dsahkn mgidap diabetes n itu trlalu muda utk sy, bacaan paras gula pun tinggi,sejak dri itu sy lebihkn sayur-sayuran dlm pemakann. sy juga amalkn memakan peria (mak sy bgthu rasa pahit bgus utk darah) selain brpantang n pgambilan ubat-ubatan.sy nk tanya adakah bagus kalau sy amalkn makan peria?n apa lg yg patut sy bt utk turunkn bacaan yg tinggi sehingga tidak membahayakn kesihatan sy..lagi satu masalah sy,sy selalu kebas2 kaki,adakah itu petanda gula dlm darah makin meningkat?tq

  18. Nasir

    Saya syorkan mengabil aribic gum sebagai makanan sampingan. Saya telah mencubanya dan kesan nya adalah positif.

  19. koko

    Boleh cuba vivix shaklee, tp harganya agak mahal. Kalau nk budget bole guna zaniplus produk house of healin. Amalkan gula stevia dalam minuman dan makanan seharian.

  20. iskandar shah bin abdullah

    Mak Long, Saya Nk Tanya Kenapa Kena Elakkan Mkn Roti..klu Roti Tu Roti
    GANDUM TULIN HIGH FEBER pun X Leh ke…juga Nk Tanya Napa susu Penuh Krim. Kan Org Kencing Manis Digalakkan Minum Susu Rendah lemak..
    Sekian terima Kasih

  21. Nabiha

    saya baru umur 17 tapi saya sudah ada kencing manis.. doktor cakap ini kerana faktor keturunan.. saya cuba mengawal tapi susah Allah saja yang tahu

  22. zul

    Salam maklong, macamana nak kenalpasti diabetes type 1 atau 2 ya? tk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s